Translate

Tuesday 11 September 2012

Demi sebuah kehidupan

Kita selalu leka,
Kita selalu lupa,
Kita selalu berdoa..
dan memohon ampun pada Allah..
Tapi kita masih terus melakukan dosa2..
Kita tahu Segala dosa itu..
Tetapi mengapa kita masih juga melakukannya ?
Masih juga terus tenggelam dan akhirnya lemas dalam dakapannya..

Mungkin nafsu yang bersalah ?
Mungkin sebab utama ialah SYAITAN.
Yah,, syaitan sentiasa menggoda manusia
Akan sentiasa menyesatkan manusia
Agar terlena dalam dakapan dosa
Dibuai mimpi dan angan2 tanpa disedar..

Tetapi kita tahu apa yg kita lakukan,,
Kita tahu yang mana hak dan yang mana batil..
Mengapa masih terus untuk melakukannya..
Mungkin lemahnya iman di dada..
Kurang penghayatan ttg ilmu agama di dada..
Walaupun telah dibekalkan dengan agama
Oleh ayah dan bonda
Yang sanggup berkorban harta,tenaga,masa mahupun nyawa
Demi anak-anaknya..
Demi tekadnya..
yang tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya
Terpaksa membanting tulang empat keratnya
Demi sesuap nasi.

Dimanakah kita sebenarnya sekaranga?
Hanyut terus dibuai angan2 kosong..
Tidak mengapa untuk berangan sesuatu yang baik..
Ia akan bertambah baik jika ia diiringi dengan usaha dan pengorbanan yang gigih dan bersungguh-sungguh..... :)

No comments:

Post a Comment